fbpx

TEKUN Mart permudah urusan pelajar Kolej Kediaman Mawar

SHAH ALAM, 16 MEI 2022 : Kolej Kediaman Mawar di Universiti Teknologi MARA dekat sini menjadi lokasi pembukaan kedai serbaneka TEKUN Mart pada 9 Mei lalu.

Pembukaan TEKUN Mart yang dibuka setiap hari bermula jam 8 pagi itu dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 3,000 penghuni Kolej Kediaman Mawar dan kolej kediaman sekitar yang ingin mendapatkan barangan keperluan harian tanpa perlu meninggalkan kampus. Membawakan konsep kedai serbaneka yang menyediakan pelbagai kategori barangan, TEKUN Mart menawarkan barangan dengan harga yang berpatutan dengan mengambil kira keperluan pelajar dan penghuni kolej berkenaan.

TEKUN Mart juga menawarkan hidangan ‘signature’ seperti Oden T-asty serta pau dan siew mai dari Mohd Chan yang akan menarik minat warga universiti berkenaan untuk membeli belah.

Selain Kolej Kediaman Mawar, TEKUN Mart juga dibuka di Jelatang Alor Gajah, Singgah @ KUSKOP Putrajaya dan Jabatan Peguam Negara Putrajaya yang dikendalikan oleh TEKUN Corporation Sdn Bhd, disamping MARI Mart Angsana Johor Bahru Mall yang merupakan kedai serbaneka dengan usahasama bersama UDA Holdings Berhad.

Program Retreat rangka hala tuju syarikat