fbpx

Memperkasa Kerjasama Srategik; Majlis Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara TEKUN Corporation dan MOCCIS Berhad

Kuala Lumpur, 7 Ogos 2026 : TEKUN Corporation Sdn Bhd mengukuhkan kerjasama strategik dengan Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Berhad (MOCCIS) menerusi pemeteraian Perjanjian Persefahaman (MoU) di Majlis Pelancaran Sistem Permohonan TEKUN Online.

 

TEKUN Corporation diwakili oleh YBhg. Dato’ Normaziah Sheikh Mohamed, Ahli Lembaga Pengarah TEKUN Corporation, manakala MOCCIS Berhad diwakili oleh Dato’ Ahmad Sobri bin Wan Teh, Pengerusi MOCCIS Berhad bagi sesi penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) tersebut. Majlis penyerahan MoU tersebut telah disaksikan oleh YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi bersama YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Turut hadir bersama YBhg. Dato’ Haji Abdullah Sani bin Abdul Hamid, Pengerusi Lembaga Amanah TEKUN Nasional serta YBrs. Encik Mohamad Shiblie Abang Sapuan, P.B.S., Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional.
Penyerahan MoU ini mencerminkan komitmen kedua-dua pihak dalam memperkukuh kerjasama strategik demi pertumbuhan yang mampan.

Majlis Menandatangani Kontrak Perjanjian Perkhidmatan Pengurusan dan Pemulihan Kredit antara Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Berhad (MOCCIS) dengan TEKUN Corporation Sdn Bhd
BERKOMUNIKASI TERUS DENGAN KAMI

HUBUNGI KAMI


Kami menawarkan komitmen yang berterusan untuk meluaskan capaian anda di peringkat global.

Waktu Operasi :

Isnin – Khamis : 8.30 pagi – 5.30 petang
Jumaat : 8.30 pagi – 5.00 petang

Talian Hotline :

Tel : +603-9059 8965
Faks : +603-9059 9241
Emel : mailbox@tcorp.com.my

Alamat :

TEKUN Corporation Sdn Bhd (1082602-T)
Tingkat 4, Menara 2, Lingkaran Maju,
Jalan Lingkaran Tengah 2 Bandar Tasik Selatan,
57000, Kuala Lumpur, Malaysia

collectco tekun mart