fbpx

MARI Mart Johor Bahru disasar pusat sehenti produk tempatan

JOHOR BAHRU, 7 NOVEMBER 2021 : Kedai serbaneka MARI Mart yang terletak di Angsana Johor Bahru Mall disasarkan menjadi pusat sehenti bagi produk-produk tempatan yang ingin memasarkan produk mereka di pusat membeli belah seluruh negara. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Haji Omar, berkata kerjasama di antara UDA Holdings Berhad dan TEKUN Corporation Sdn Bhd amat bertepatan dalam membantu usahawan tempatan dalam mendepani keadaan perniagaan pasca-pandemik.

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan ke MARI Mart serta meninjau pemilik-pemilik premis lain di Angsana Johor Bahru Mall. Lawatan tersebut turut dihadiri YBhg. Dato’ Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YBhg. Dato’ Mohammad Radhi Abdul Razak, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pemantauan) Pembangunan Usahawan & Koperasi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Sr Mohd. Salem Kailany, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA Holdings Berhad serta ketua-ketua agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Beliau juga hadir bagi menyaksikan Sesi Menandatangani Perjanjian Pengendalian Pusat Runcit Setempat antara UDA Holdings Berhad dan TEKUN Corporation Sdn Bhd serta simbolik penyerahan kunci premis MARI Mart kepada TEKUN Corporation Sdn Bhd.

MARI Mart di Angsana Johor Bahru Mall adalah cawangan kedua di negara ini selepas Angsana Ipoh Mall pada Oktober lalu. MARI Mart menawarkan produk usahawan tempatan dengan lebih 2,000 produk berkualiti ditawarkan kepada para pelanggan di samping produk ‘signature’ seperti oden daripada T-asty, pau dan siew mai daripada Mohd Chan dan aiskrim daripada T-ice. MARI Mart dibuka setiap hari, jam 10.30 pagi hingga 9 malam.

TEKUN Mart menang ADFIAP 2021Kolaborasi TCorp – UDA Holdings jayakan MARI Mart
BERKOMUNIKASI TERUS DENGAN KAMI

HUBUNGI KAMI


Kami menawarkan komitmen yang berterusan untuk meluaskan capaian anda di peringkat global.

Waktu Operasi :

Isnin – Khamis : 8.30 pagi – 5.30 petang
Jumaat : 8.30 pagi – 5.00 petang

Talian Hotline :

Tel : +603-9059 8888
Faks : +603-9059 9241
Emel : mailbox@tcorp.com.my

Alamat :

TEKUN Corporation Sdn Bhd
Tingkat 4, Menara 2, Lingkaran Maju,
Jalan Lingkaran Tengah 2 Bandar Tasik Selatan,
57000, Kuala Lumpur, Malaysia

collectco tekun mart