fbpx

Pakej Infaq bantu penduduk Desa Tun Razak

KUALA LUMPUR, 17 MEI 2021 : Bagi memberikan keceriaan kepada mereka yang memerlukan di Desa Tun Razak dan kawasan sekitarnya, penyerahan bantuan barangan makanan melalui Pakej Infaq yang dikendalikan oleh TEKUN Mart telah diadakan pada 12 Mei 2021 di Masjid Zaid Bin Thabit, Desa Tun Razak.

Mengetuai penyampaian Pakej Infaq TEKUN Mart adalah Encik Ahmad Hambali Zainal Ahmad, Pengurus Besar TEKUN Corporation Sdn Bhd yang telah menyerahkan barangan kepada Tuan Zolkafli Bin Suhor, Pengerusi Masjid Zaid Bin Thabit.

Nilai sumbangan barangan makanan yang berjaya dikumpulkan berjumlah RM1,500 hasil daripada sumbangan para pelanggan TEKUN Mart Online Mart di aplikasi Shopee dan Lazada.

Wakil pihak Masjid Zaid Bin Thabit berkata, sumbangan ini akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan bagi membantu persiapan mereka meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Pelanggan TEKUN Mart yang ingin berinfaq boleh melayari Shopee dan Lazada TEKUN Mart Online Store untuk informasi lanjut.

Tan Sri Ismail Bakar dilantik Pengerusi TCorpTEKUN Mart menang ADFIAP 2021
BERKOMUNIKASI TERUS DENGAN KAMI

HUBUNGI KAMI


Kami menawarkan komitmen yang berterusan untuk meluaskan capaian anda di peringkat global.

Waktu Operasi :

Isnin – Khamis : 8.30 pagi – 5.30 petang
Jumaat : 8.30 pagi – 5.00 petang

Talian Hotline :

Tel : +603-9059 8966
Faks : +603-9059 9241
Emel : mailbox@tcorp.com.my

Alamat :

TEKUN Corporation Sdn Bhd (1082602-T)
Tingkat 4, Menara 2, Lingkaran Maju,
Jalan Lingkaran Tengah 2 Bandar Tasik Selatan,
57000, Kuala Lumpur, Malaysia

collectco tekun mart