fbpx

Tan Sri Ismail Bakar dilantik Pengerusi TCorp

KUALA LUMPUR : TEKUN Corporation Sdn Bhd (TCorp) telah menerima kunjungan Tan Sri Datuk Seri Dr. Ismail bin Hj. Bakar pada sesi ramah mesra bersama pihak pengurusan dan Majlis Serahan Surat Lantikan sebagai Pengerusi baharu TCorp pada 29 Mac lalu.

Beliau telah meluangkan masa bagi mendengar taklimat daripada Encik Ahmad Hambali Zainal Ahmad, Pengurus Besar TCorp yang turut dihadiri Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Pengurusan TCorp. Penyerahan Surat Lantikan sebagai Pengerusi TCorp telah disempurnakan oleh Dato’ Adam Abdul Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional.

Pelantikan Tan Sri Datuk Seri Dr. Ismail sebagai Pengerusi TCorp adalah bertepatan dengan pengalaman luas beliau selama lebih 30 tahun dalam perkhidmatan awam serta pernah memegang beberapa portfolio penting termasuklah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara ke-14 bermula Ogos 2018 sehingga Disember 2019.

Beliau juga pernah menjawat jawatan Ahli Lembaga Amanah TEKUN Nasional pada Januari 2016 hingga Jun 2018 dan Timbalan Pengerusi TCorp pada Ogos 2016 hingga Julai 2018.

Di peringkat antarabangsa, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Ismail adalah Penasihat Kanan Ibu Pejabat Bank Dunia, Washington bagi tempoh dua tahun bermula 2008 hingga 2010.

Beliau berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya, Sarjana Pentadbiran Perniagaan serta Doktor Falsafah dari University of Hull, United Kingdom.

TEKUN Nasional sasar buka 15 TEKUN Mart seluruh negara tahun inipakej infaq tekun martPakej Infaq bantu penduduk Desa Tun Razak