fbpx

TEKUN Corporation Perkenal Pas Bulanan & Sistem LPR di Park & Ride Bandar Tasik Selatan

Kuala Lumpur, 2 September 2025 :  TEKUN Corporation memperkenalkan kadar parkir yang kompetitif dan mesra pengguna demi keselesaan pengguna Park & Ride Bandar Tasik Selatan. Selain menawarkan kemudahan parkir yang mesra pengguna, kemudahan ini kini beroperasi dengan lebih teratur, selesa dan efisien.  Sebagai tambahan kepada kadar harian, TEKUN Corporation turut memperkenalkan Pas Bulanan Park & Ride Bandar Tasik Selatan pada kadar RM130 sebulan (dengan tambahan RM10 untuk pelekat kereta bagi pembelian pertama sahaja).

Pas ini diwujudkan khusus untuk pengguna harian yang mahukan kemudahan parkir tanpa had dengan kos lebih menjimatkan, di samping penjimatan masa melalui akses keluar masuk  yang lebih mudah. Kini Park & Ride Bandar Tasik Selatan telah dilengkapi dengan sistem canggih LPR (License Plate Recognition) yang mampu mengesan dan merekod nombor plat kenderaan secara automatik dan memudahkan pengguna.

Dengan pengenalan kadar fleksibel, pas bulanan, dan sistem LPR moden,  TEKUN Corporation komited menjadikan Park & Ride Bandar Tasik Selatan bukan sahaja menawarkan ruang parkir, tetapi juga persekitaran yang lebih tersusun, terjamin keselamatannya.  Inisiatif ini sekali gus menjadi simbol keazaman TEKUN Corporation dalam menyediakan perkhidmatan infrastruktur bandar yang mampan, moden dan berkualiti tinggi.

Majlis Perjumpaan YB Dr. Mohammed Taufiq Johari bersama Warga Kerja TEKUN CorporationKini bayaran parkir boleh dibuat melalui 𝐓𝐨𝐮𝐜𝐡 ‘𝐧 𝐆𝐨.
BERKOMUNIKASI TERUS DENGAN KAMI

HUBUNGI KAMI


Kami menawarkan komitmen yang berterusan untuk meluaskan capaian anda di peringkat global.

Waktu Operasi :

Isnin – Khamis : 8.30 pagi – 5.30 petang
Jumaat : 8.30 pagi – 5.00 petang

Talian Hotline :

Tel : +603-9059 8966
Faks : +603-9059 9241
Emel : mailbox@tcorp.com.my

Alamat :

TEKUN Corporation Sdn Bhd (1082602-T)
Tingkat 4, Menara 2, Lingkaran Maju,
Jalan Lingkaran Tengah 2 Bandar Tasik Selatan,
57000, Kuala Lumpur, Malaysia

collectco tekun mart