Majlis Menandatangani Kontrak Perjanjian Perkhidmatan Pengurusan dan Pemulihan Kredit antara Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Berhad (MOCCIS) dengan TEKUN Corporation Sdn Bhd
Kuala Lumpur, 23 Julai 2026 : Majlis Menandatangani Kontrak Perjanjian Perkhidmatan Pengurusan dan Pemulihan Kredit antara Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Berhad (MOCCIS) dengan TEKUN Corporation Sdn Bhd yang berlangsung di DΔ MOCCIS Boutique Hotel, Kuala Lumpur.

Perjanjian ditandatangani oleh En. Husnaidy bin Ibrahim, Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurus Besar TEKUN Corporation dan Dato’ Ahmad Sobri bin Wan Teh, Pengerusi MOCCIS Berhad. Turut hadir bersama menyaksikan majlis Tn. Haji Yusoff bin Awang, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kewangan TEKUN Nasional; Datoβ Azizan bin Noordin, Setiausaha MOCCIS Berhad; pegawai-pegawai kanan MOCCIS Berhad serta barisan pengurusan tertinggi TEKUN Corporation.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap keupayaan dan kredibiliti TEKUN Corporation sebagai agensi yang berpengalaman dalam mengendalikan perkhidmatan kutipan hutang dan pemulihan kredit secara profesional, berintegriti dan berkesan.
Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama strategik yang lebih erat antara kedua-dua organisasi, sekali gus memperkukuhkan komitmen TEKUN Corporation dalam menyampaikan perkhidmatan kutipan hutang yang berkualiti, cekap dan diyakini.






