Kuala Lumpur, 07 Julai 2026 : Telah berlangsung Majlis Pelantikan TEKUN Corporation sebagai Agensi Pemulihan Kredit bagi Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Berhad (MOCCIS). Majlis ini telah disempurnakan dengan kehadiran YBrs. En. Mohamad Shiblie Abg. Sapuan, P.B.S., Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional dan Dato’ Ahmad Sobri bin Wan Teh, Pengerusi MOCCIS Berhad.

Majlis turut dihadiri oleh Tn. Haji Yusoff bin Awang, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kewangan TEKUN Nasional; Tn. Haji Mohd Nor bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif MOCCIS Berhad; pegawai-pegawai kanan MOCCIS Berhad; En. Husnaidy bin Ibrahim, Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurus Besar TEKUN Corporation; serta barisan pengurusan tertinggi TEKUN Corporation.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap keupayaan dan kredibiliti TEKUN Corporation sebagai agensi yang berpengalaman dalam mengendalikan perkhidmatan kutipan hutang dan pemulihan kredit secara profesional, berintegriti dan berkesan.
Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama strategik yang lebih erat antara kedua-dua organisasi, sekali gus memperkukuhkan komitmen TEKUN Corporation dalam menyampaikan perkhidmatan kutipan hutang yang berkualiti, cekap dan diyakini.

