Majlis Perjumpaan YB Dr. Mohammed Taufiq Johari bersama Warga Kerja TEKUN Corporation
Kuala Lumpur, 30 Julai 2025 : Majlis Perjumpaan YB Dr. Mohammed Taufiq Johari bersama Warga Kerja TEKUN Corporation, bertempat di Dewan Auditorium, Ibu Pejabat TEKUN Nasional, Kuala Lumpur. Dalam amanatnya, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Pengerusi Lembaga Pengarah TEKUN Corporation, menyeru agar warga kerja terus menyemarakkan semangat kerjasama berpasukan, berkongsi aspirasi masa depan dan memperkukuh komitmen terhadap kecemerlangan perkhidmatan.